Jom jengah...

Semua adalah bakal ratu chanteqzzzz....

Kenapa Ada Original Rejected Perfume?


Apa Itu Perfume Original Reject?

Ada sesetengah orang mengatakan perfume ini sebenarnya tidak wujud ianya hanyalah Perfume Sephora Dubai Grade AAA, perfume dari Indonesia dan sebagainya. Mungkin ianya adalah benar. Ini kerana ada sesetengah perfume seller menggunakan Perfume Sephora Grade AAA atau perfume dari Indonesia yang declare perfume tersebut adalah perfume reject dan mengambil kesempatan dengan menjual dengan harga yang lebih mahal.
Tetapi anda perlu tahu tidak semua brand perfume mempunyai reject. Sesetengah brand mementingkan kualiti, jadi bagi perfume tersebut mereka akan dihantar semula ke negara asal pengeluar perfume tersebut. 

********** 

1) Pembungkusan Rosak

Pembeli akan memilih dan membeli perfume yang perfect termasuklah dari segi packaging (pembungkusan). Jika kotak perfume tersebut terdapat sedikit kecacatan, maka perfume tersebut akan dikatakan reject. Kebanyakan kes kecacatan pada kotak biasanya disebabkan berlaku ketika shipping, dari pelabuhan ke warehouse, dari warehouse ke counter ketika untuk dijual. Jika ini berlaku, perfume akan dihantar kembali kepada pengeluar atau dijual secara reject perfume.


 **********
2) Faktor Ketika Mengilang


Tiada yang perfect 100% semasa penghasilan produk. Dari segi calculation, kilang hanya mencapai 99.8% hasil (output) di mana 0.2% akan ditolak sebagai contohnya 99.8% x 30000 = 29940 botol. Selebihnya sebanyak 60 botol lagi akan ditolak.
Mengapa ditolak? Ia disebabkan oleh beberapa faktor antaranya calar pada botol, botol tidak sempurna, spray pump tidak sempurna, penjenamaan yang salah dan lain-lain. Ianya tidak akan dibuang. Kebanyakan pengeluar perfume mempunyai vendor mereka sendiri untuk pelupusan. Sebagai contoh Nike, Levis, Ralph Lauren, Puma mereka mempunyai outlet-outlet sendiri yang menjual barangan reject mereka.  Adakah mereka menjual item palsu?  Pastinya tidak. Hal ini juga berlaku kepada perfume, dimana perfume reject mereka mempunyai authorized dealer yang menjual perfume reject ini.

 ********** 

3) Expiries / Tester

Perfume ada tarikh tamat tempohnya.  Tarikh tamat tempoh ini bukan bermaksud perfume ini tidak boleh digunakan tetapi bagi memastikan kualiti perfume berada pada tahap kualiti terbaik maka bagi sesetengah brand,  tarikh tamat tempoh akan digunakan.
Katakan untuk 1 batch perfume tarikh best kualiti berada di kuanter adalah selama 8 bulan. Jika item/perfume tersebut gagal untuk dijual dalam tempoh masa itu, perfume tersebut akan kembali kepada negara asalnya. Dan ianya ada dijual sebagai reject perfume dengan harga yang lebih murah.


# Points di atas antara faktor kenapa wujudnya reject perfume. Reject perfume bukan bermaksud kualitinya kurang dari yang original, tetapi perfume reject ini adalah disebabkan kecacatan minor pada packaging, botol, tulisan dsbnya. Tetapi  perlu berhati-hati kerana sesetengah seller menyatakan bahawa perfume mereka adalah reject perfume padahal perfume yang mereka jual adalah grade yang rendah.  Sila kaji terlebih dahulu sebelum membeli.

No comments:

Post a Comment